Ingatkan nak mikat Ayam Hutan hari ni, ada sekor kat Kombok Estate tu... ingatkan nak repeat... hari tu sampai depan pikat, pusing2 keliling pikat, tunggu masa nak rentap je tapi dengan tak semena-mena ayam tu terperasan dan terpandang saya... apalagi terus cabut.... langkah seribu.
Memandangkan malam tadi sibuk menonton EPL sampai pagi... faham2 je lah.... terlajak bangun pagi tadi... he.. he.. he... nak mikat ayam dah tak syok sebab dah lewat sangat, jadi ambik keputusan mikat burung je lah. Bulu ekor 'Pikat Tali Terbelit' (PTT) masih belum siap... masih kontot. tapi saya tengok kat atas sangkar layang asyik menonggeng jer.... tak sabar2 nak turun tanah lah tu. capai bakul masukkan PTT terus ke Pedas, Estate repeat 'Burung Tarik Akar' (BTA).
.jpg) |
| Pikat |
Tengoklah ekor PTT tuh... masih kontot. Dalam hati risau jugak, bunyik ke tak bila dipacak nanti. PTT ni masih dalam kategori 'pikat baru' jadi prestasi dia belum boleh diharap sangat lagi... Harap2 bunyik lah...
.jpg) |
| Hoi |
Sampai Lokasi 1, suasana suram je... rupanya kat kawasan ni malam tadi hujan. kat kawasan rumah saya tak hujan pulak... jarak dari rumah saya adalah dalam 10km. Saya tengok ada 2-3 ekor burung tengah sibuk makan kat tanah, tak de yang bunyik... tunggu jugak dalam 10min tak de apa2 yang berlaku... start motor terus ke Lokasi 2. kawasan BTA.
Keadaan yang sama berlaku, tiada burung hutan yang berbunyi. BTA pun mungkin tengah sibuk mengembangkan bulu, atau pun tengah makan. BTA ni suara dia kasar, ada selang angguk, saya jumpa waktu mikat ayam kat kawasan ni. Mungkin tak de orang yang tau, kalau tak mesti orang dah kerjakan. Tunggu 10min masih tak de burung yang bunyik... ambik keputusan ke Lokasi 3. Kat kawasan sini saya pernah dapat Burung Selang Gagap, tapi bila masuk ladung dah tak tau yang mana satu... tanda kat kaki dah tertanggal. burung kawasan ni cepat jadi pikat... itu kata oranglah, burung yang saya dapat tak de satu pun yang saya ikat.... semua masuk ladung.
.jpg) |
| Bungkus |
Sampai je, terus matikan motor, matahari dah mula nak keluar, terdengar sekor suara sedang tengah berdeguk 2 gantung (G2G), sekor seladang gantung suara tajam (SG) dan sekor lagi guk 1 suara kasar. saya amati yang mana paling hebat. bila menekan saya suka SG tu... bila menekan rapat... sekali sekala mengangguk. SG melambung mengejar G2G. Bila menguku ada gagap sekali. Saya dapati G2G takut pada SG, 'confirmed' SG ni otai kat sini.
.jpg) |
| Tapau |
OK lah, saya nak tangkap SG. Cari laman yang agak bersih di lorong pokok getah kecik. Sempadan getah kecik tu ada pokok durian tempat burung melambung tadi. Dalam pada tu saya dengar SG tengah sibuk menekan dan mengangguk G2G. Pacak racik depan pikat, dan cover bahagian belakang pikat dengan ranting kering. SG ni nampak garang, kalau turun belakang pikat.... alamat masaklah PTT kena belasah. Harap2 tak jadilah macam tuh...
.jpg) |
| Hi hi hi... |
Saya turunkan PTT dan beredar ke jerumun... nyamuk banyaklah pulak... maklumlah kawasan getah. belum sempat saya duduk PTT dah berdeguk... berdeguk.... berdeguk dan terus berdeguk...... boleh tahan PTT ni kata saya, ekor kontot tapi masih berbunyi galak.... sekali sekala PTT menekan dan terus berdeguk...
.jpg) |
| muah ha ha... |
SG melambung ke anggarnya semula... seberang sungai agak jauh dari PTT (anggaran 50 meter). PTT terus buat kerja tanpa membuang masa... he.. he... guk 1 dah senyap... mungkin tengah makan agaknya... G2G masih menekan atas anggarnya dan sekali sekala berdeguk... manakala SG menekan-nekan dan sekali-sekala nguku... PTT tetap dengan guk tanpa hentinya... Di kawasan sebelah bawah sana agak riuh dengan bunyi burung hutan... tapi agak jauh dari saya jadi saya tak berapa pasti kualiti burung2 tersebut.
SG melambung 2 kali dan hinggap selang 2 pokok getah dari PTT, PTT terus angguk dan menekan... SG menekan rapat dan terus terjun turun laman racik. Kebiasaannya PTT akan tembak kalau burung hutan liat nak turun tapi SG ni nampaknya tak celir. PTT ngangguk sakan, begitu juga SG. 2-3 langkah berjalan je terus tarik kaki... PTT ngangguk tanpa henti, begitu juga SG... mungkin masih tak sedar yang kaki dah kena racik.
.jpg) |
| Kaki takkan dagu pulak |
Saya pun apa lagi terus keluar merakam kejadian itu dengan Nokia 6670 saya. Nampak saya keluar terus SG cuba terbang ke atas tapi tak upaya. 2 mata racik kena kaki kiri dan kanan. he.. he... hasilnya sila lihat gambar2 dan video ini.
Terus kemas semua peralatan dan ambik keputusan balik ajelah... lagi pun ada jemputan kahwin kat Kampung Lenggeng, tak pergi tak syok jugak.... maklumlah kampung halaman sendiri. Dalam pada tu G2G masih menekan-nekan atas anggar dia... lepas ni dia jadi otai la pulak... Pasal BTA tu kalau ada kesempatan saya akan repeat minggu depan.
p/s: waktu mikat tadi ternampak helang dan sikap berlegar2. (Line mikat tak berapa clear... kena hati2).
Sekian. Wassalam.
3 ulasan:
tahniah la mie...bungkus gek burung tu ek...dalam byk2 jenis suara tekukur nie seladang lah yg paling aku minat...tak kira lah SJ@SG...
Hebatlah pikat mie tu... dalam keadaan helang dan sikap berlegar pun bunyi juga ye. Tahniah PTT.
mikat ni macam tu lah, kadang2 dapat kadang2 tak... kalau ada rezeki ada la...
Catat Ulasan