hhhmmmm.... tak de apa yang nak dikongsi minggu nih... cuaca menghalang semua aktiviti mikat.
Jumaat malam hujan tersangatlah lebatnya... pagi sabtu tu bawak pikat jugak ke hulu ke hilir tapi tak de satu burung hutan pun yang bunyik. port yang biasa riuh rendah pun dah jadi senyap sunyi.... mungkin kesejukan sebab ditimpa hujan malam tadi. langit gelap sampai ke petang.
Hari ahad pun sama , dari pagi sampai petang cuaca mendung dan hujan tanpa henti. nampak gayanya aktiviti terpaksa dihentikan sampai cuaca mengizinkan semula, mungkin hingga awal 2009. mikat burung memang tak sesuai lansung sekarang, sikap semakin banyak dan dah mula terbang rendah dan sekali sekala cuba menyambar mangsa. kalau tengok di udara gerenti tak kurang 20-30 ekor dok terbang.
Aktiviti yang sesuai sekarang hanyalah mikat ayam hutan, itu pun kalau tak hujan. Jemputan kenduri kahwin pun dah mula masuk bertimbun2, tambah membatas dan menghadkan aktiviti mikat, maklumlah dah mula cuti sekolah.
wassalam.
azmi.
Hobi Orang Kampung di Hujung Minggu Sambil Menghirup Udara Segar dan Nyaman Serta Bersantai Menikmati Keindahan 'Flora' dan 'Fauna'. Salah Satu Cara Beriadah dan Aktiviti Positif Yang Menyihat, Menyegar Serta Merangsang Minda di Samping Mengeratkan Ukhwah Tali Silaturrahim Juga Bertukar-tukar Pendapat dan Pandangan Sesama Pemikat. Tiada Sebarang Niat Untuk Bermegah Mahu pun Terdetik di Hati Untuk Berbangga atau Meninggi Diri, Cuma Sekadar Ingin Berkongsi Hobi, Minat, Pengetahuan dan Pengalaman.
Isnin, 17 November 2008
Ahad, 9 November 2008
*** Lain Nak, Lain Dapat Part 3 ***
Seperti yang telah dirancangkan, pagi2 lagi saya sudah berada berhampiran anggar Burung Tarik Akar (BTA). Suasana hingar bingar dengan suara Tekukur, namun suara BTA masih tidak kedengaran. Mungkin masih tidur lagi kot... he.. he.. he......
Saya tengok PTT terkebil-kebil; apa dah jadik nih??? Apasal BTA tak turun tapi Jalak pulak yang turun??? pening, pening..........
Wassalam.
![]() |
| Anggar Baek Punya.. |
Dalam masa menunggu tu berkenan jugak dengan suara 2-3 ekor burung kat situ. Tengok ranting kat gambar tuh, haaa... kat ranting tu lah BTA akan melambung sambil mengejar burung. Malas nak menunggu lama, saya pun cari laman dan pacak PTT tak jauh dari anggar BTA. PTT lambung guk dan sekali-sekala menekan. 2-3 kali jugak suasana jadi hening, senyap sunyi... mungkin sikap melintas atau helang lalu... tak tau lah... saya tak nampak. sebentar lepas tu ON balik...
Sedang saya memerhati suasana sekeliling, sambil dengar beberapa ekor ayam hutan saling berkokok, suara BTA pun kedengaran... ha.. ha... jaga engkau... it's your turn.... PTT lambung guk macam biasa... BTA menekan-nekan.... fulllamakkkk suara 'class'....... Dipendekkan cerita BTA sampai atas anggar dan nganggok sakan, begitu juga PTT. BTA bertukar2 dahan gaya macam nak turun... jap g bungkus lah tu kata hati saya.
Tak semena-mena 2 ekor burung Jalak turun betul2 kat laman racik. Terloncat 2-3 kali, sekor kena racik la pulak. BTA nak turun pun tak jadi. Sebelum racik tu membelit PTT baik saya keluar, tak dapat BTA pun tak pe lah........... PTT lagi penting. Racik tersimpul teruk, sakit hati masa nak betulkan racik tuh... Namun Jalak tu saya lepaskan tanpa diapa-apakan.... kesian.... kalau ikutkan hati tak tau lah apa jadi kat Jalak tuh...
![]() |
| Uikkkkkkkk.... |
![]() |
| Makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk..... |
![]() |
| Grrrrrr... |
Lepas kemas semua peralatan saya terus balik... terfikir jugak semalam mikat ayam dapat wak-wak, hari ni mikat tekukur dapat jalak.... apa maksud semua nih??? Nampak gaya kena STOP mikat la dalam sebulan dua nih.... macam ada yang tak kena jer.
![]() |
| Kui kui kui... |
Wassalam.
Azmi.
Ahad, 2 November 2008
*** Tangkapan 2hb November 2008 ***
Ingatkan nak mikat Ayam Hutan hari ni, ada sekor kat Kombok Estate tu... ingatkan nak repeat... hari tu sampai depan pikat, pusing2 keliling pikat, tunggu masa nak rentap je tapi dengan tak semena-mena ayam tu terperasan dan terpandang saya... apalagi terus cabut.... langkah seribu.
Memandangkan malam tadi sibuk menonton EPL sampai pagi... faham2 je lah.... terlajak bangun pagi tadi... he.. he.. he... nak mikat ayam dah tak syok sebab dah lewat sangat, jadi ambik keputusan mikat burung je lah. Bulu ekor 'Pikat Tali Terbelit' (PTT) masih belum siap... masih kontot. tapi saya tengok kat atas sangkar layang asyik menonggeng jer.... tak sabar2 nak turun tanah lah tu. capai bakul masukkan PTT terus ke Pedas, Estate repeat 'Burung Tarik Akar' (BTA).
Tengoklah ekor PTT tuh... masih kontot. Dalam hati risau jugak, bunyik ke tak bila dipacak nanti. PTT ni masih dalam kategori 'pikat baru' jadi prestasi dia belum boleh diharap sangat lagi... Harap2 bunyik lah...
Sampai Lokasi 1, suasana suram je... rupanya kat kawasan ni malam tadi hujan. kat kawasan rumah saya tak hujan pulak... jarak dari rumah saya adalah dalam 10km. Saya tengok ada 2-3 ekor burung tengah sibuk makan kat tanah, tak de yang bunyik... tunggu jugak dalam 10min tak de apa2 yang berlaku... start motor terus ke Lokasi 2. kawasan BTA.
Keadaan yang sama berlaku, tiada burung hutan yang berbunyi. BTA pun mungkin tengah sibuk mengembangkan bulu, atau pun tengah makan. BTA ni suara dia kasar, ada selang angguk, saya jumpa waktu mikat ayam kat kawasan ni. Mungkin tak de orang yang tau, kalau tak mesti orang dah kerjakan. Tunggu 10min masih tak de burung yang bunyik... ambik keputusan ke Lokasi 3. Kat kawasan sini saya pernah dapat Burung Selang Gagap, tapi bila masuk ladung dah tak tau yang mana satu... tanda kat kaki dah tertanggal. burung kawasan ni cepat jadi pikat... itu kata oranglah, burung yang saya dapat tak de satu pun yang saya ikat.... semua masuk ladung.
Sampai je, terus matikan motor, matahari dah mula nak keluar, terdengar sekor suara sedang tengah berdeguk 2 gantung (G2G), sekor seladang gantung suara tajam (SG) dan sekor lagi guk 1 suara kasar. saya amati yang mana paling hebat. bila menekan saya suka SG tu... bila menekan rapat... sekali sekala mengangguk. SG melambung mengejar G2G. Bila menguku ada gagap sekali. Saya dapati G2G takut pada SG, 'confirmed' SG ni otai kat sini.
OK lah, saya nak tangkap SG. Cari laman yang agak bersih di lorong pokok getah kecik. Sempadan getah kecik tu ada pokok durian tempat burung melambung tadi. Dalam pada tu saya dengar SG tengah sibuk menekan dan mengangguk G2G. Pacak racik depan pikat, dan cover bahagian belakang pikat dengan ranting kering. SG ni nampak garang, kalau turun belakang pikat.... alamat masaklah PTT kena belasah. Harap2 tak jadilah macam tuh...
Saya turunkan PTT dan beredar ke jerumun... nyamuk banyaklah pulak... maklumlah kawasan getah. belum sempat saya duduk PTT dah berdeguk... berdeguk.... berdeguk dan terus berdeguk...... boleh tahan PTT ni kata saya, ekor kontot tapi masih berbunyi galak.... sekali sekala PTT menekan dan terus berdeguk...
SG melambung ke anggarnya semula... seberang sungai agak jauh dari PTT (anggaran 50 meter). PTT terus buat kerja tanpa membuang masa... he.. he... guk 1 dah senyap... mungkin tengah makan agaknya... G2G masih menekan atas anggarnya dan sekali sekala berdeguk... manakala SG menekan-nekan dan sekali-sekala nguku... PTT tetap dengan guk tanpa hentinya... Di kawasan sebelah bawah sana agak riuh dengan bunyi burung hutan... tapi agak jauh dari saya jadi saya tak berapa pasti kualiti burung2 tersebut.
Terus kemas semua peralatan dan ambik keputusan balik ajelah... lagi pun ada jemputan kahwin kat Kampung Lenggeng, tak pergi tak syok jugak.... maklumlah kampung halaman sendiri. Dalam pada tu G2G masih menekan-nekan atas anggar dia... lepas ni dia jadi otai la pulak... Pasal BTA tu kalau ada kesempatan saya akan repeat minggu depan.
p/s: waktu mikat tadi ternampak helang dan sikap berlegar2. (Line mikat tak berapa clear... kena hati2).
Sekian. Wassalam.
Memandangkan malam tadi sibuk menonton EPL sampai pagi... faham2 je lah.... terlajak bangun pagi tadi... he.. he.. he... nak mikat ayam dah tak syok sebab dah lewat sangat, jadi ambik keputusan mikat burung je lah. Bulu ekor 'Pikat Tali Terbelit' (PTT) masih belum siap... masih kontot. tapi saya tengok kat atas sangkar layang asyik menonggeng jer.... tak sabar2 nak turun tanah lah tu. capai bakul masukkan PTT terus ke Pedas, Estate repeat 'Burung Tarik Akar' (BTA).
![]() |
| Pikat |
![]() |
| Hoi |
Keadaan yang sama berlaku, tiada burung hutan yang berbunyi. BTA pun mungkin tengah sibuk mengembangkan bulu, atau pun tengah makan. BTA ni suara dia kasar, ada selang angguk, saya jumpa waktu mikat ayam kat kawasan ni. Mungkin tak de orang yang tau, kalau tak mesti orang dah kerjakan. Tunggu 10min masih tak de burung yang bunyik... ambik keputusan ke Lokasi 3. Kat kawasan sini saya pernah dapat Burung Selang Gagap, tapi bila masuk ladung dah tak tau yang mana satu... tanda kat kaki dah tertanggal. burung kawasan ni cepat jadi pikat... itu kata oranglah, burung yang saya dapat tak de satu pun yang saya ikat.... semua masuk ladung.
![]() |
| Bungkus |
![]() |
| Tapau |
![]() |
| Hi hi hi... |
![]() |
| muah ha ha... |
SG melambung 2 kali dan hinggap selang 2 pokok getah dari PTT, PTT terus angguk dan menekan... SG menekan rapat dan terus terjun turun laman racik. Kebiasaannya PTT akan tembak kalau burung hutan liat nak turun tapi SG ni nampaknya tak celir. PTT ngangguk sakan, begitu juga SG. 2-3 langkah berjalan je terus tarik kaki... PTT ngangguk tanpa henti, begitu juga SG... mungkin masih tak sedar yang kaki dah kena racik.
Terus kemas semua peralatan dan ambik keputusan balik ajelah... lagi pun ada jemputan kahwin kat Kampung Lenggeng, tak pergi tak syok jugak.... maklumlah kampung halaman sendiri. Dalam pada tu G2G masih menekan-nekan atas anggar dia... lepas ni dia jadi otai la pulak... Pasal BTA tu kalau ada kesempatan saya akan repeat minggu depan.
p/s: waktu mikat tadi ternampak helang dan sikap berlegar2. (Line mikat tak berapa clear... kena hati2).
Sekian. Wassalam.
Langgan:
Catatan (Atom)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)