Khamis, 3 September 2009

*** Ucapan Selamat Berpuasa dan Berhari Raya ***

Add caption
          Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Berhari Raya kepada anda semua selaku pembaca dan pengunjung setia blog saya. Segala Salah dan Silap harap dimaafi. Jika ada coretan saya yang menyinggung hati dan perasaan kalian saya dengan rasa rendah diri menyusun tangan memohon Ampun dan Maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Add caption
          Di waktu bulan puasa begini aktiviti memikat saya agak perlahan tambahan pula cuaca yang semakin tidak menentu. Ramai sahabat masih meneruskan hobi ini walaupun sedang berpuasa... ternyata anda "Pemikat Tegar"....ha..ha... Helang sudah mula menampakkan muka tatkala cuaca redup dan mendung. Sikap masih belum kelihatan walaupun ada teman2 yang dah mula nampak kelibat mereka, bermakna aktiviti memikat sudah di penghujung musim. Insyaallah blog ini akan terus terisi dengan kisah-kisah tangkapan BH sewaktu musim memikat bermula awal tahun hadapan. Waktu-waktu sebegini masa saya banyak digunakan untuk mengajar BB.

Add caption
          Ada di antara kita telah mula menukar hobi dari Memikat Tekukur ke Memikat A!@# H$%^&(???). Musim sudah bermula, anda disarankan supaya sentiasa berhati2 dan selalu berwaspada. Jauhi kawasan-kawasan panas dan amalkan tips-tips keselamatan.
Semoga kita sentiasa dilindungi, mendapat berkat dan beroleh keredhaan Allah swt.
Selamat Berpuasa dan Berhari Raya.

Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...