Isnin, 25 Januari 2010

*** Ladang Hentian Tinggi @ Hantar BB Tusyen ***

Ladang Hentian Tinggi
          Hari ni bawak BB untuk further training. 08:30 dah sampai Ladang Hentian Tinggi, cuaca memang baik. Berhenti 3-4 tempat jugak sambil pasang telinga, BH bunyik jauh2 dan sayup2. Sampai simpang 3 hujung ladang dengar 2-3 ekor BH tengah merap dalam rimbunan sawit... baru bangun tidur agaknya. Parking motor tempat redup, turunkan BB dan nyorok atas lereng bukit. BB ni khas untuk main laman tanah saja. Raba2 poket... B&H tertinggal pulak... adddoooiiiiyyaaaiiiiii............

BB
          BB dok tengok kiri, tengok kanan... tekan 2-3 ketol pastu patuk bunga rumput... sedap agaknya kot. Sekumpulan pekerja sawit lalu la pulak... addoooiii.. potong stim betol. BB panjangkan leher. Mandor senyum dan saya pun angkat tangan... bila diaorang dah blah BB tekan semula beberapa ketol lagi. Agak rajin jugak BB hari ni.... mimpi apa malam tadi?

video

          Tunggu punya tunggu suasana semakin rancak dan bingit. Dah semakin banyak BH yang bangun tidur, 2-3 ekor BH mula lambung guk diikuti aksi lambong melambong. Peehhhh... seronok tengok! Macam roket daaaaa.....

Cak..
          Otai sekor ni dok lambung guk kat atas bukit dari tadi. BB pun lambung guk jugak. Otai tak tahan terus melambong macam torpedo mencari BB...... laaaaa... terlajak la pulak. BB dok tekan rancak. 2-3 ekor BH lagi sedang saling tekan menekan di lorong sebelah lembah.

Baik tew..
          BB dok lambung guk, sekali-sekala menekan rapat. Otai yang terlajak melambong sekali lagi, landing 3 batang sawit depan BB... Pehhhh.... ada anggok anggar ye! Apa lagi, BB punya pulun tarak kesian... terus masuk gear 5 pecut Top Speed! (BB kopi 'o' je). Otai semakin hangat, darah dah nak mendidih!..... pruffffff.... landing atas dahan sawit sedepa dari BB sambil nguku sakan.

Pergghhh...
          BB dok pulun mencarut... macam2 ayat maki hamun semua keluar... Otai yang sedari tadi ingat dia samseng kat kawasan situ... piiiuuuuunngggg............ mendarat sebelah BB. Nguku lebat Otai ni. Panjat tebing, kona ikut kanan, masuk laman racik..... sepantas kilat 'start motor'. Game Over!!! Kemaskan racik.... laaaaa... berserabut la pulak.
.
Ikuti SmS saya ngan Long seperti berikut:
Saya: "Salam Long. Sy ada msalah bsar la. Long, sy nk mintak bntuan Long. Sy hrp Long dpt tolong sy".
Long: " Awat" (tanya dengan penuh exited!)
Saya: "tulong perbetoi racik sat... preeennngggggggggg..."
Long: "haram" (ayat standard).
.
puas hati saya dapat pekena kan Long...ha..ha..ha......

Ahad, 24 Januari 2010

*** Pandu Uji Racik Pelepah ***

Racik Pelepah
          Dengan semangat berkobar2, 23:30 pm, pecut ke McD, Tesco Extra, Seremban. Awat? Kenapa? Ada Apa? Ha..ha..ha.. Otai Kohjai and Otai JiJi mari daaa... Sembang sampai 00:00 saja sebab McD dah nak tutup! Kalau bukak 24 jam mau sembang sampai subuh... cerita burung mana buleh habih. Racik pelepah yang ditempah dah siap dalam masa 2 hari saja. Fuuhhh.. 'not bad' buatannya...haluih! TQ Bro.. Gua dah tak sabar ni... esok jugak gua kasi test racik ni.

Pelepah
          Kali ni ikut geng Lenggeng main kat Pasoh 1. Hujan la pulak... basah kuyup beb! Demi mikat ku teruskan jugak. Tanah basah, pelepah pun basah. Sampai check-point 1... tu dia.. selang berapi tengah main. Sepantas kilat bubuh pikat kat pelepah... nyorok. Pikat tekan seketol-seketol pastu terdiam.. mata tengok atas jer. Laaaa...... banyaknya sikap n helang daaa... Cuaca mendong diaorang terbang rendah. Tak boleh jadi, kemas pikat gerak ke depan tambah ke dalam.
Check-point 2 pun sama gak benda yang sama berlaku. Sikap, helang n orang memetik buah sawit.. potong stim betul. Takpe, terus gerak ke depan.

video

          Check-point 3 sempadan sawit tinggi, riuh rendah ngan bunyi BH. Himpit rapat sikit, siap pacak pikat kopi 'o' atas pelepah strategik, nyorok dan pikat pun mula buat kerja. Ada rajin sikit la! Mungkin sebab faktor cuaca pun dah panas. Sikap n helang pun dah tak nampak... lesap ntah ke mana.

Tapau

          Ni lah hasilnya, Suara Gembor Guk 1... burung sayor jew (?). Hinggap kat belakang pikat, sempat gak kompang 2 round sebelum hinggap kat laman racik. Game Over!


Kompom burung sayor (?).



Racik pelepah ni memang mantap. Kena tang jari tapi masih gak steady.

video

          Kemas BH masuk dalam kantong, pacak balik racik pelepah kat dahan sama sebab suasana masih meriah ngan BH. Lama pulak pikat ni nak mula buat kerja... mungkin terperanjat sebab ni baru tangkapannya yang ke 2. Tunggu punya tunggu pikat pun mula tekan seketol demi seketol.


Hasilnya, sekor lagi bungkuih. Yang ni bukan sayor... very the maveles!

2 mata racik lekat di jari. Takde harapan nak lepas... No Way!

Aksi Akrobatik.

          Pikat dok tunggu tuan dia datang kemaskan BH, sebab ada sekor lagi dia nak bawak turun. ha..ha..ha... tuan dia pulak sibuk dok lenggang-kangkong.

video

          BH ni berpusing2 dalam usaha melepaskan diri sampai racik terbelit dan berpintal. Ini yang membuatkan mata racik menjadi kerinting, akhirnya 2 mata racik terpaksa dipotong. Cuaca pun dah panas tersangat terik, terus berkumpul di puncak bukit sebelum bergerak balik.

Kesimpulan: Buatan racik kemas, halus dan berkualiti. Saiz memang perfect! Cumanya tangsi nampak berkilat di bawah sinaran mentari, Otai Kohjai sarankan kena perasap bagi dia kusam. Sesape nak order buleh berurusan ngan Otai Kohjai. Kepuasan Terjamin. Harga Sangat Berpatutan! BB Brookland dah tangkap 3 ekor, teruih naik darjah 2.

Khamis, 14 Januari 2010

*** Dapat Lesen "P" ***

Laman
          Sempena cuti Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Besar NS, kami (saya dan Otai Zam) mengambil peluang ini untuk ke lokasi yang baru diteroka. Kawasan ni asalnya hutan, pastu ditebang, dijadikan dusun durian, ternakan burung walit, kebun getah, dsbnya. BH memang banyak tapi sikap dan helang lebih banyak dari BH..ha..ha..ha... BB kami nak bunyi pun sambil tersemput-semput... maklum la BB.

Anggar
          Sempat pasang 2 laman je, angin kuat, BB Brookland dah mula galak walaupun agak takut2. Tengok BH lambung dah mula tekan dan lambung guk. Cumanya BH tak mengejar pikat, mungkin belum tiba musim BH garang! Suara BH kat sini boleh tahan, perkakas ada serba sedikit...kira OK lah tu. Next time kalau ada masa nak repeat BH kat anggar pokok durian ni. Geram aku dengan anggok dia.
On the way balik singgah kat Pedas (just nak kompomkan Seladang Jati Guk Sangkut dan Tarik Akar masih ada atau tidak). Sampai situ banyak gak BH yang bunyik. Pokok sawit saiz sedang ni memang cantik sekali untuk main pelepah. Pasang je la.. sambil tu boleh ajar BB sekali.

video

          Racik pelepah takde, boh racik tanah je pacak kat pelepah, mula2 duduk atas pelepah BB agak takut sebab angin kuat... gayat kot. Terhoyong-hayang ke sana ke mari. Lama kelamaan BB mula menekan seketul demi seketul. Dapat berketul-ketul gak la. BH terbang sana, terbang sini... lambung sana lambung sini. Bila nak berdepan nih? Waktu yang sama BB Otai Zam tengah bergasak ngan BH.

Pergghhhh...
          Apa yang peliknya BH turun kat tanah manakala BB atas pelepah... BH dok menekan atas tanah, BB menekan atas pelepah...lantak korang la. BH terbang naik ke tiang pagar anggaran 3 depa dari BB... BB pulun anggok seround. (BB ni kopi 'o' je.. tak caye tanya Otai Kohjai).

Dahsyat tew...
          Waktu ni la Otai Black sampai dengan RG Sports Merahnya beserta Pikat Si Jebat... sembang punya sembang, BH yang nguku atas tiang pagar terus loncat atas pelepah laman racik. Nguku 2 round terus nak bantai BB. BH melambung bila perasan kaki dah kena racik... terus jatuh sampai atas tanah.

Ni lah rupa BH tu... suara kendur Guk 1.


Kecut jew..
Terus SmS kat Otai Long mintak tulong perbetoi racik. Bagi laporan kat Otai Kohjai, terus dapat Lesen "P". Kira OK la tuh...

Selasa, 12 Januari 2010

*** Guk2 Gantung_Taman Ekar ***

video

          BB ni dah banyak kali turun laman, turun laman 'mesti' bunyi... belum ada tuang lagi. Cumanya belum berapa galak dan masih belum tau buat kerja. BH melambung dia lambung guk, BH mai dekat dia tekan... BH mai depan mata teruih "bisu". Belum stim lagi BB nih.... Perkakas memang takdak, cumanya ada anggok anggar 1 round saja. Apa yang saya suka pasal dia ni ialah sebab rajin lambung guk... tu saja. Bila dah laga 2-3 kali meletop r tu kot.... harap2 macam tu la ye. Nampak gaya kena la rajin2 bawak turun. Sabar.. sabar dan saya akan teruskan bersabar!

Ahad, 10 Januari 2010

*** Tangkapan Pelepah...Tribute to Otai Kohjai ***

Anggar
          Sebelah pagi Otai Black dah tapau Seladang Jati Guk Gagap... Guk dia memang unik, takda di mana2, berbeza guk dia.. nak tiru pun susah. Puas kami dok himpit, SJ lambung hinggap betul2 depan mata pikat penguku Otai Black.... perkakas dia malas nak story... sendiri mau ingat r... Cerita lebih kurang... terjun, nguku sakan, pusing pikat, masuk laman racik terus Start Motor. Otai Black senyum sampai ke telinga... maklum la pikat power! Waktu yang sama Seladang Gantung (SG) liat nak terjun kat BB K5 saya... tak tau apa yang tak kena. SG dok lambung sana lambung sini tapi tak mau layan K5. Asakan K5 kurang bertenaga kot... BH tak stim nengokkan.

video

          Sebelah petang usung PTZ pulak... cuba nasib. Terfikir pulak nak boh atas pelepah macam Otai Kohjai buat masa kat PC. Rasa2 buleh buat kot. Fikir punya fikir... cuba ja lah. Laman pilihan macam biasa, belakang rumah kosong, ada 3 batang pokok sawit saiz sedang, bertentangan anggar SG. Ni la 1st time saya main pelepah. Copy 100% cara Otai Kohjai, (cara siapkan pelepah, cara pacak racik n cara boh pikat--- susahnya pikat nak keluar cetok) terus masuk jerumun, bawah pokok durian anggar SG sambil pekena Nusantara Merah (petua Zafiz Din untuk mudah dapat BH). Kalau ada daun pucuk lagi cepat buleh BH.

tapau suda..
          Pikat kelupoq tergantung 3 kali, bulu bertaboq... takpa lantak pi. Lambat pulak pikat ni nak nyanyi dok sibuk kemas bulu. Nusantara dah masuk batang yang kedua dah ni. Pikat ON. Tekan sekali-sekala suara kecik. Pastu lambung guk 2-3 ketoi. SG yang ntah ke mana menghilang, tiba2 menekan lantas pulun nguku kat anggar dia. Hai! Dah sampai engkau ye! Pikat dah 'Lock' SG. Pikat tekan semakin rapat (pikat kopi 'O' ja)... lama jugak aksi nih berlarutan... SG dah senyap kat atas anggar dia. Tahan marah lah tuh....... siap engkau!

Tergantung
          Dalam hati saya mana pulak SG ni pi? Dah blah ka? Dah cabut ka? Dalam waktu yang sama pikat Otai Black tengah bergasak dengan sekor suara kecik yang dah sampai atas anggar. Dalam hati saya 'bungkuih lagi ni kang'. PTZ dok tekan lagi seketol... seketol... tanda masih ada BH di anggar. Sedang dok leka SmS ngan Otai Kohjai, SG melayap jatuh macam daun kering hinggap rapat belakang pikat. Addoooiii... racik kat depan la pulak. Depa pun saling nguku... berlaga... puk.. pak... puk.. pak....

Terbaek
          1st time tengok pikat berlaga Live di pelepah....berbuai-buai pelepah sawit tu... syok jugak. Memandangkan PTZ ni pikat tua, saya biarkan saja... kalah pun tak pe, takkan kondem!(?) Dipendekkan cerita, pikat sepak, SG meloncat ke laman racik, nguku lagi.. lagi... dan lagi. SG nak loncat atas badan pikat tapi nampak macam tersekat-sekat... pastu melambung naik, tak lepaih, teruih terkulai@tergantung.... dah kena racik lah tu.

Ngam
          Dengan penuh tertib, saya pun pi kutip SG. Tuuu diaaaaa..... spec. serba serbi lengkap! Namun SG ni dah ada tuan empunya... dengan sepantas kilat buat surat beranak 'SG bin Kairul Anuar'. ha ha ha....
Nota:- Minggu ni bertalu2 SmS masuk dari Long... sat-sat mintak tulong perbetoi racik, sat-sat mintak tulong perbetoi racik... BB penurun baik tu Long... Harrreeeee....

*** Perlawanan Sumbangsih Piala Sultan Ahmad Shah ***

Fanatik
         Dengan semangat berkobar-kobar, 20:30 kami dah terpacak di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi. Penonton punyalah ramai. Nasib baik tiket masih ada. Parking pulak terletak 1.5km dari stadium. Lenguh berjalan Beb! Namun sokongan kami diperlukan bagi pasukan NS memenangi perlawanan ini. Yes! NS Boleh!!! Hujan ke, panas ke, ribut ke, petir ke.. kami tetap setia bersamamu. Caya lah!

kalah daaaaaaa...
          Keputusan perlawanan tak payah la cerita ye......tengok muka penyokong NS pun dah tau. Tak larat nak sorak lagi dah. Penyokong Selangor pulak yang gamat nyanyikan lagu 'Hobin Jang Hobin'..ada ke patut. Penyokong NS sonyap sunyi. Huh! tak berbaloi.... biasalah tu adat perlawanan, menang dipuji, bila kalah di maki hamun...ha ha ha..

*** Selamat Pengantin Baru ***

Pengantin
          Sekalung Ucapan Tahniah pada rakan sejawat, Encik Karim dan isteri Cik Noni. Haiii... berseri hangpa noh. Sekian lama menjalin kasih dan cinta akhirnya berakhir di jinjang pelamin... Alhamdulillah. Lama ambik cuti..... takpa 'once in a life time'... ambik la cuti panjang mana sekali pun....kerja hang kat pejabat kita orang kat sini buleh support. Honeymoon kat ne?

Lazat
          Ni makanan yang aku bedal, lauk.. fuhhh....... maveles! semua faveret aku. Ayam Goreng Kicap, Masak Lomak Cili Api Kacang Panjang n Udang, Ikan Kering, Sambal Belacan dan Ulam-Ulaman, Nasik pulak lembik dan panas.... Nyam..nyam..nyam.... Nak control weight punya pasal aku cuma sental 1 pinggan kecik(?). Jemputan punyalah ramai, kawan-kawan satu office semua datang, meriah sungguh! makanan cara buffet..... very long queue. Sambil makan sambil dengar member nyanyi karaoke...suara buleh tahan!

Laparnya
          Si kecik ni memang tak pernah control makan....... 2 pinggan selamba jer... Sekejap je dah settle... itu pun nak mintak tambah lagi. Sudah-sudah la tu....... lain kali kita makan kenduri lagi ye... Ayah tau la semua makanan tu sedap! Dia ni masa kecik tergolong dalam kategori kurang zat makanan, bila dah membesar hampir masuk range obesiti pulak. Addoooiiiiyyaaaiiiii....

wassup...
          Hai! Sape Si Cantik Manis ni ye.... alamak! Mem aku... ingatkan mana punya aweks tadi. Tanpa melepaskan peluang sempat jugak ber'posing'. Pada kedua mempelai terimalah ucapan dari kami sekeluarga 'semoga ikatan kekal ke akhir hayat dan cepat-cepat la timang baby ye' ha ha ha...........

Isnin, 4 Januari 2010

*** Hari Yang Sungguh Memenatkan ***

SMKZ
          Sempena hari pertama persekolahan, saya mengambil peluang untuk mendaftarkan anak ku yang ke 3 masuk sekolah. Memandangkan dia ni kaki 'main' maka Sekolah Sukan adalah sekolah yang paling tepat untuknya. Pukul 08:00 saya dah pecut ke Kuala Pilah, pendaftaran Form 1 bermula seawal 09:00. 5 round kena beratur panjang maklum la 100 pelajar jumlah keseluruhannya. Ibu-Bapa punya la ramai... Nek dan Tok pun ikut sama. Kereta berderet2.. nak cari parking punya la susah.
1) beratur untuk pendaftaran memasuki sekolah... lama giler!
2) beratur untuk pendaftaran asrama... panjang giler!
3) beratur untuk bayaran asrama... buleh tahan la!
4) beratur untuk mendapatkan No Bilik dan No Katil... sat ja!
5) beratur beli buku kat Koperasi... buleh tahan la beratur panjang!

Akin
          Sambil2 tu sempat gak sms ngan Otai Kohjai... Dengan rela hati Otai Kohjai bagi tips untuk kurangkan 'stress' aku nih... memang berhasil dan berkesan! Lepas buat apa yang disarankan oleh Otai Kohjai serta merta aku menjadi "cool" dan "relax"!!! Perkara terakhir ialah kemas barang2 masuk almari dan kemas katil. Selesai semua jam dah tunjuk 14:00. Peeehhhhh! Selesai jugak misi aku hari nih. Pecut dan sampai Seremban 15:00, dalam perjalanan terfikir jugak, alamat sunyi la umah aku sebab anak aku hat No 3 ni suka nyakat hat No 4. Singgah Pejabat Pos TTJ untuk poskan mesin PTT Zafiz Din. Hah! Esok hang buleh terima la Din... kita ber'roger-roger' r ye. Sampai rumah 15:45... terus mencekik, kebulur beb! 16:08 Otai Zamri sent sms "Datang Copek Podeh". Pehhh!!! Ada burung reward rupanya. Start Kriss buruk aku ni ligan ke Pedas.

miow.. miow.. miow...
          Sampai port, Otai Zamri, Otai Black and Otai Sam dah siap pacak pikat masing2. Bingit suasana. Beberapa BH melambong di kawasan pikat mereka. Saya park motor, menyusup belakang rumah tinggal dan pacak pikat PTZ... anggaran 50meter dari diaorang. PTZ dah lama tak turun tanah, hari ni bagi cas balik tengok prestasi apa macam. Turun je bukan nak bunyik, sibuk patuk sana, patuk sini, tengok sana, tengok sini......addoiii lambat la pulak dia ni nak ON! Siap kemas bulu kasi hensem baru mula nyanyi. Itu pun seketol-seketol jer.... dah lupa kerja gamaknya.
Anggar
          BH target ialah Guk1 Suara Gembor. Menguku sana menguku sini. Boleh tahan BH ni kata hati saya. Perkakas..... Oppssss!! tak leh cerita.... rahsia. Takut sat g ada orang mai gabuih.
Landing
          BH ni bawak betine. 2-2 sampai depan PTZ tapi tak mau turun. Lama jugak aksi tekan menekan berlarutan... lama2 BH betina turun dulu... patuk tanah, patuk bunga rumput depan laman PTZ. Potong stim betul la... harap2 BH betina ni tak masuk laman racik.

Turun Laman
          Sampai satu masa, BH tak tahan dengan ragam PTZ yang asyik mengorat Si Betina tu ... terus terjun anggaran 2 depa dari pikat. Menguku.. menguku.. menguku... pastu menekan...menekan..menekan......laaaaaa..... BH ni macam pikat la pulak! BH pusing jauh, PTZ bagi ruang, BH masuk baru nak berlaga BH dah terpinga2... kenapa? motor tak leh hidup ke? sakan dok start motor nih. Dah kena racik rupanya.

video

          Pelan2 keluar, BH ngerbang... kompom dah kena racik.... gelang penuh kat keting kanan. SmS kat semua kata BH dah selamat bungkuih. Teruskan pasang sebab ada lagi yang buleh tahan.... tapi laman tak pasti kat mana. Tak pe, pasang je lah.

Pandangan Atas.

Kaki.

Bungkus
Jenis dada bidang...ala-ala fighter gitu. Mungkin BH ni jenis weight lifter. Ada harapan ni!
Cabut racik, pasang racik spare kat laman sama. Masuk lagi dalam jerumun sambil perbetulkan racik. Tunggu punya tunggu.. takde BH yang sampai. Kat depan tu ada SJ dan SG. Bila nak pi kutip tu kengkawan weiii?
On the way balik singgah kat gerai Depan Wet World.... kita minom dulu! Setelah Lat Ta Li Lat La Li Tam Plom sebanyak 5 kali... maka dengan rasminya BH diserahkan pada Otai Sam selaku pemenang, jaga baik2 BH ni Bang... 3 bulan ag ada can meletop ni bang. 19:30 sampai umah....... Sungguh Memenatkan jadual aku hari nih!
          Sekarang dah pukul 22:30... Mata aku dah mula ngantok disebabkan penat yang melampau..... gua cau dulu r geng! ZZZZzzzzz......

wassalam.

Sabtu, 2 Januari 2010

*** Lawatan ke PC n Prestasi TK_2 ***

          Minggu ni balik kampung lagi sebab nak ambik anak2 bawak balik Seremban... sekolah dah nak mula nih. Cukup la 5 minggu duduk ngan nenek... tentu dah puas pusing satu kampung. Merasa gak la diaorang mengutip buah kelapa bali, memetik kopi, meracun kebun, tabur baja sawit, bersihkan parit, dll. Kulit cerah dah jadi gelap! Nasib baik nenek bagi upah.. seronok la korang ye!

Me & Kohjai
          Pagi Jumaat sempena New Year 2010 sempat gak layan ngajar BB kat PC (port ngajar BB) bertemankan Otai Kohjai. Otai JiJi tak dapat datang... aku 'dating' 2 orang ngan Kohjai je, macam 'couple' la pulak.. baru la ada privacy...he..he... Peeehhh... Kohjai punya BB malatop-latop... suara lantang, 2 bukit pun leh dengor, tekan.. tekan.. lambung guk, tekan.. tekan.. lambung guk... memang mantap. Dah sedia untuk menangkap dah tu Jai.

          Pikat tua Kohjai tak usah cerita la... seronok dok sembang, tak sedar dah hampir 3 jam pikat Kohjai buat keje. Bateri apa mu pakai ni Jai... tak weak ke? BH memang banyak lambung sana lambung sini tapi semua dah sekolah tinggi. Tengok pikat kat pelepah tak mau layan, tengok pikat kat tanah lagi la tak mau layan.... kategori PhD dah semua BH tuh. BB aku jugak yang layan diri sendiri... walaupun seketul-seketul OK dah tu.... betul tak Jai.

video

          Ni pulak TK_2, aku nengok semakin galak dah dia nih. Tungguuuuuu.. next trip aku pacak kat PC. Tak bunyik... jaga ngko! TK_2 dah selamat di bawak ke rumah Seremban. Tunggu masa je nak turun tanah tu. TK_2 ni jenis suka lambung guk... tekan..tekan.. lambung guk...tekan..tekan... lambung guk... addooiiyyaaaaiiii....... macam pikat tua la pulak. Opss! tak leh promo lelebih, sat g Kohjai mai gabuih nangis tak berlagu la aku.....waaaa..waaaaa......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...