Ahad, 1 Julai 2012

*** Taiko Ladang Pisang ***




Ladang Pisang bersulam Betik dan Sawit..
          Mana nak ronda pagi-pagi buta Hari Minggu ni? Tengahari ada jemputan kenduri kahwin kat Kampung Paroi, tak boleh kalau tak pegi tu maklum la kawan satu opis yang kahwin, hmmmm.. tak boleh main jauh la nampaknya hari ni. Mana port dekat-dekat sini nak jelajah? Yes!!! Terjah Ladang Pisang ok gak kot. Lama dah tak redah sejak Seladang Jati Pujaan Hati jatuh ke tangan sape entah... tau-tau dah tak de. Takpe la... mana tau suku sakat sepupu sepapat dia masih ada. Sepantas kilat sumbat Tombee dalam cetok, start motor terus berdeszuuuuppp ke lokasi permainan.

Anggar Baik Punya..
           09:00hrs sampai port, cuaca mula panas terik dan semakin perit berikutan minggu ni tanpa hujan lansung, banyaknya BH kat sini hanya Tuhan je la yang tau.... macam-macam mainan ada. ha ha ha... saya mesti pilihhhhhhh. Dari jauh nampak Taiko Ladang Pisang (TLP) sedang buat lintasan hormat. Tunggu kau.... Parking motor, menyusup celah kawat berduri, loncat longkang/ parit besar menuju anggar Pokok Durian. Strategik and Superb Spot! he he he..... Kat belah sawit tinggi hujung ladang sana melayang tinggi sekor Pak Helang sedang mengintai-intai mangsa... Tawakkal je la Tombee.

video
       - tapau -

          TLP (Guk1, Suara Sedang Atas) melambong mengejar BH, anggok sana anggok sini, sana bantai sini bantai. Hmmmm... macam ni punya garang memang masuk koncot la kau kejap lagi. Bersihkan laman kat tengah jalan masuk, laman memang cantik, pacak racik, turunkan Tombee... Lolongan Tombee tidak diendahkan lansung oleh TLP yang tengah sibuk bergasak. Biar la Tombee, kalau ni anggar dia kejap lagi sampai la tu. Tombee tetap tak putus asa, nyanyi tetap nyanyi. Keep It Up Tombee!

Hensemnya Gua... hehehe....
          Seperti dijangka, TLP melambong papp.. papp.. pappp... lantas hinggap kat pucuk pokok durian sebelah. Tombee bagi anggok anggar senafas pastu kasi hayun kaw-kaw punya... TLP terpinga-pinga kebingungan, lantas pindah pokok durian betul-betul depan mata Tombee... apalagi... habis-habisan la Tombee hentam. Lama pulak acara ni berlansung, bontot dah naik kebas ni, nampak gaya kejap lagi jatuh jugak tu, maklum la asyik pindah dahan je dari tadi, makin lama makin rendah, barang toksah cerita la macam-macam dah kasi keluar... Hampir 10 minit dah ni weiiiii... cepat la kau terjon...

Taiko Ladang Pisang Dalam Koncot...
          Seperti skrip selalu yang telah pun boleh dijangka, TLP berdebus sedepa dari Tombee, anggok, anggok, anggok... pusing laman.... bila nak masuk ni. Acah-acah nak laga, pastu anggok lagi keliling laman... bila nak berentap nih. Adegan berlaga pun bermula, puk..pak..puk..pak... Pendekkan certia TLP tercampak jugak ke laman beracik, jalan 2-3 tapak da start motor. Game pun Over!


          Memang sasa cutting body TLP ni. Bulu pun smart. Seperti biasa, bagi Tombee lepaskan hajat di hati yang lama terpendam dan terbuku secukup rasa. Cubit sana cubit sini, tepuk sini tepuk sana... dah tu cukup kang parah pulak TLP ni. Sedang perbetul racik terdengar 2-3 ekor lagi yang tunggu masa je nak masuk koncot. Tunggu di lain acara ya, bagi masa korang jadi betul2 garang macam harimau.

          OK la Tombee, jom kita balik mandi dan bersiap. Perut dah mula berbunyi ni, baik kita pergi makan kenduri sekarang (terbayang nasik minyak... waaaaa... sedapnya...).. la la la la laaaaa.....

end of story..

3 ulasan:

Lontong berkata...

tapau lg hehe

TEKUKUR KU berkata...

Super bang...
akhirnya ada yang terpilih juga...
salam
jaka

Azmi bin Abdullah berkata...

lontong/tekukurku: he he he...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...