Rasa-rasa hari ni nak main jauh sikit, nak lasakkan Tombee (hehehe), tetiba teringat pulak kat Gagap 1 Mata (G1M), Ladang Felcra, suara sedang, ada anggok anggar, tekan rapat, guk1...memang mabeles. Itu hari dah melambong sampai n hinggap atas anggar tapi tunggu punya tunggu sampai setengah jam lebih tak mau jatuh, dok kejar sana kejar sini.. kompom celir giler, mungkin belum sampai masa kot. Ini hari bawak Tombee tengok apa macam, ada hasil ke tak. Pukul 09:30 dah tercegat kat laman sawit tinggi.. suasana suam2 kuku.. matahari baru nak mula keluar.. BH tengah riuh sana sini.... macam2 gaya adaaaaaa... Kali ni pasang tak jauh dari laman bulan lepas, kalau ada rezeki musti marriiiii.... selesai pacak racik, turunkan Tombee.
Tombee mula bukak mulut, pendekkan cerita G1M yang dari tadi menguku n menyelang tahap tadak kesian kat hujung sana dah teradap ngan Tombee... tu dia semua isi kasi keluar... Tombee hayun bagi kaw2 punya... G1M pindah pelepah sana, pindah pelepah sini, nguku sesajer, makin lama makin dekat, at last dah sampai atas kepala, Tombee bukak buah penghabisan @ last weapon, tetiba entah dari mana 'malaun' ni sampai, cerita lebih kurang terus jatuh... G1M pun apalagi blah la... 'malaun' melayang terjun belakang laman.. memang betol2 taiko, sambil nguku2 mata dok perhati racik, sekali-sekala mengacah nak berlaga ngan Tombee.. pusing ke depan laman jeling racik lagi, cuba nak blah dari laman racik tau2 kaki dah kena.. bulls-eye! hmmm.. bungkus jugak engkau akhirnya... kih..kih..kih... belek sana telek sini, spec. bulu ada sikit kureng, nak simpan pun buat perhabih kambu je... bh ni mungkin tengah bela anak... bubuh cable tie kasi lepas dan bebas... semoga berkembang dan terus membiak sampai ke anak cucu cicit.. mudah-mudahan....
roger n out.
Hobi Orang Kampung di Hujung Minggu Sambil Menghirup Udara Segar dan Nyaman Serta Bersantai Menikmati Keindahan 'Flora' dan 'Fauna'. Salah Satu Cara Beriadah dan Aktiviti Positif Yang Menyihat, Menyegar Serta Merangsang Minda di Samping Mengeratkan Ukhwah Tali Silaturrahim Juga Bertukar-tukar Pendapat dan Pandangan Sesama Pemikat. Tiada Sebarang Niat Untuk Bermegah Mahu pun Terdetik di Hati Untuk Berbangga atau Meninggi Diri, Cuma Sekadar Ingin Berkongsi Hobi, Minat, Pengetahuan dan Pengalaman.
Isnin, 26 Mac 2012
Selasa, 20 Mac 2012
*** Taiko Balairaya ***
Pagi ni tergerak pulak hati nak main kat kawasan sekitar perkampungan. Nak singgah sarapan kat warung biasa tapi tutup pulak, pastu pusing sana sini at last stop kat depan balairaya... check point wajib berhenti tu. Hmmm... masih meriah macam dulu jugak rupanya... macam-macam suara dok ada... lambong sakan sampai tak ingat dunia. Buka pintu gate, masuk kat balairaya, congak strategi dan kenal pasti port laman mana yang sesuai, cari dan perkemas laman kat tepi court takraw... laman cantik tanpa semut.... terbaekkkkkk! Cucuk racik terus turunkan Tombee yang tanpa menunggu lama mengalunkan suara ajak BH bergaduh. Tombee macam malas je nak bunyi pagi ni maklum la enjin masih belum panas.... hehehe....
Nampak gaya Guk 2 Taiko Dominan kat sini, kira abang besar la... tapi suara agak kendur sikit... barang apa pun takde, harapkan anggok je berjuta... hahaha...sekadar buat geli-geli boleh la... memang makanan Tombee la BH spec. macam ni. Pendekkan cerita penat melambong sana sini, rentap sini sana akhirnya beradap ngan Tombee... hentak punya hentak akhirnya ponggong BH dah panas dan mula berasap apa lagi... berdebusssss la.... anggok.. anggok.. anggok... kaki kiri masuk racik lucut pulak.. pastu jalan 2 -3 tapak lagi kaki kanan pulak terjerut kemas... tak sempat nak bergaduh dah tapau! Good Job and Weldone Tombee... muah.. muah.. muah...
Nampak gaya Guk 2 Taiko Dominan kat sini, kira abang besar la... tapi suara agak kendur sikit... barang apa pun takde, harapkan anggok je berjuta... hahaha...sekadar buat geli-geli boleh la... memang makanan Tombee la BH spec. macam ni. Pendekkan cerita penat melambong sana sini, rentap sini sana akhirnya beradap ngan Tombee... hentak punya hentak akhirnya ponggong BH dah panas dan mula berasap apa lagi... berdebusssss la.... anggok.. anggok.. anggok... kaki kiri masuk racik lucut pulak.. pastu jalan 2 -3 tapak lagi kaki kanan pulak terjerut kemas... tak sempat nak bergaduh dah tapau! Good Job and Weldone Tombee... muah.. muah.. muah...
Selesai bagi Tombee melepaskan hajat dendam kesumat, perbetol racik yang kusut, dalam pada masa tu dengar ada 2nd Taiko yang masih dok melambong sedari tadi, lupa diri lagi la tu... pacak lagi kat laman sama. Taiko kedua ni agak penakut sikit tapi barang boleh tahan, ada la sikit2.. syok tengok dia lambong sana sini, melayang-layang macam jet pejuang la pulak... lama gak Tombee panggil dengan ayat2 manis berbunga macam nak terkeluar jugak la anak tekak. Patut pun lambat nak sampai sebab 2nd Taiko ni tak berapa garang, gangster baru nak naik, hati kecik, penakot dengan 1st Taiko Dominan yang dah tapau tadi. Bila teradap je terus buat dia punya perkakas... tu diaaaaaaaaaaa.... Terjun jauh pulak tu, laga pun macam nak ngan tak nak je... hati masih belum ngang maaa... pengecut sungguh! Laga lebih kurang akhirnya bungkus gak... kiri kanan kaki lekat racik... Ambik kau kena belasah ngan Tombee.... hentam sampai puashati ye Tombee.. jangan simpan2...
Memang masih berlambak lagi BH kat sekitar kawasan perkampungan ni tapi tak de dengar pulak yang sedap.. semua yang pepower kutu dah kutip habis agaknya. Pantang dengar yang baik terus dorang tadah pikat. Tinggal la yang tahap belasahan je. Anyway... cukup la untuk sesi mikat @ pemanas badan pagi ni. Matahari pun dah naik tinggi.... perut dah mula mengalunkan irama keroncong. Chow Chin Chow... adios... amigos...
hingga ketemu lagi di lain bicara... sekian dulu... wassalam.
Sabtu, 10 Mac 2012
*** Taiko Ladang Merbau ***
![]() |
| Jambatan Roboh dek Air Bah |
![]() |
| Jalan Masuk Ladang Merbau |
Sepantas kilat sorong dan parking motor kat tepi simpang. Cari laman strategik kat tanah tebing tinggi tepi jalan, pacak racik n turunkan Tombee. TLM dah beralih ke tengah sedikit agak jauh jugak dari Tombee. 2-3 ekor BH belasahan berbunyi girang sambil disambut oleh Tombee yang memang dah siap sedia n always get ready. Panggil.. panggil.. panggil.. asak.. asak.. asak.. nguku.. nguku.. nguku.. kelihatan dan kedengaran... papp.. papp.. pappppp.... TLM melambong lalu hinggap 3 batang sawit dari Tombee, garang betol. Terus buat dia punya barang daaaaaaaa..... lama jugak Tombee termenung sambil kepala ligat mencongak strategi... tak terlayan kalau macam ni punya game Tombee weiiiiii... hehehe.... BH belasahan yang dok melepak berhampiran dah bertempiaran lari takut kena belasah dek TLM... serta merta dorang menyelinap cabottttt.... Namun Tombee tetap gagah berdiri di laman... menanti mangsa seterusnya.....
Pendekkan cerita setelah lompat dahan sana sini, Tombee pun dah naik lenguh tengkuk dok nguku tak berhenti2... TLM pun terjun dengan penuh yakin n konfidennya... xsyen jer... berdebbuussssssss.... anggok.. anggok. anggok.... masuk dari kanan pegi pulak tengah, tak sempat nak bukak silat pulut dah tertonggeng monggeng.... Game Over sudaaaaaaa!!! Selesai kemas racik hujan pun turun dengan lebat selebat lebatnya... melepak kat bus-stop la apalagi, sejuk n menggigil beb! Dalam kepala teringat kopi 'o' panas dan roti canai kat Bistro. In-short masih banyak BH kat Ladang Merbau ni, tu pun baru masuk 1/4 (suku) jalan jer, kalau jelajah lebih dalam lagi sampai hujung tambah meriah rasanya... next visit kena bawak buntil la... hehe... may be jarang orang masuk mikat atau tempat ni tak ramai orang yang tau.
![]() |
| Terbaekkkkk.. |
Dalam pada tu kedengaran kokok AH pun garau-garau semacam je, melolong tak berhenti2... mau taji 2-3 inci tu, tepuk bagai nak rak... hhmmmm... tinggal nak datang ambik bawak balik je, dah boleh giling cili ar kat rumah.... hehehe... tungguuuuuu...... den mustiiiiiiiii marriiiiiiiiiiiiiii.....
Out for this time.
Isnin, 5 Mac 2012
*** Taiko Belukar ***
SG tak mau terjun, AH yang sampai... adduuuiiii... tukar profession pulak la nampak gayanya... uhuk.. uhuk...
Langgan:
Catatan (Atom)






