Jumaat, 24 Mei 2013

*** Taiko Chemplak Barat ***


Kawasan Jajahan Taiko Chemplak Barat
          Sempena cuti Wesak Day, kena la main jejauh sikit... out-station daaaa.. Awal pagi dah mula bergerak. Sepanjang perjalanan, langit kelihatan gelap dan berat disusuli dengan percikan kilat tanpa henti di sana sini. Hmmm.. tawakal je la. Hujan gerimis mula turun ketika perjalanan semakin menghampiri lokasi memikat. Ada yang lencun dek hujan ni kang...

video

          Ijoy cakap kita main port jauh sikit hari ni. Dah lama tak jengah laman tu katanya. OK, tadak hal... jom! Ingatkan nak main dekat-dekat je, takpe I follow. Setengah jam jugak menunggang motorsikal EX5 Gemok, masuk kebun keluar kebun, naik bukit turun bukit. Jalan tanah merah pulak tu... faham-faham je la.. sakit bontot beb. Dalam pada tu cuaca macam ada sikit baik.. matahari bersinar kelam melalui celahan awan nano.. kira ok la tu... BH mesti banyak yang lambong ni.. hehe...

Cun... memang cun...
           Berhenti dengar di beberapa port. Benar bagai dikata, masih meriah nampaknya. Berita baik tu... Pusing-pusing dari sawit tua hingga sampai ke sawit kecik berpaya sempadan parit dan belukar. AH toksah cerita la, dah macam dalam reban. Borak-borak dan sembang-sembang hinggalah terdengar satu suara yang dicari-cari. Muka ada sinyium jugak. Semangat mula membara... Lets Go Tombee.

Perfect Grip.. Racik Hasil Kerjatangan Padil Ompong
          Sepantas kilat dengan perlahan sorong dan parking motor, capai Tombee terus cari laman. Kemas lebih kurang, cucuk racik buatan Padil Ompong (brand new) lantas turunkan Tombee. Taiko Chemplak Barat (TCB) mengalunkan suaranya diselangi dengan memainkan perkakasnya. Memang the best! Tombee mula manggil tanpa henti. TCB lambong dua kali lantas beradap. Cukup puashati menyaksikan mainannya. Kalau kat Seremban BH macam ni memang tak jumpa la. Pendekkan cerita tapau. Boleh tahan racik Padil Ompong ni.. superb!

video

          Cuaca mula tidak menyebelahi kami. Desiran angin mula berhembus dan butiran hujan mula turun. Balik adalah satu keputusan terbaik pada ketika ini. Lain kali kita turun laman ni lagi. Barang bersepah macam TCB ni memang elok dibuat baka. Semuga bertemu jodoh dengan BH Seremban ye..  Adioooossssssss..... Wassalam.

Ahad, 19 Mei 2013

*** Taiko Sempadan Nenas ***

Laman Sawit Kecik Semak Sempadan Kebun Nenas
          Berhenti motor je dari jauh dah dengar BH ni mainan.. meremang bulu roma beb! Scan dan siasat seluruh kawasan.. confirm dia main kat sawit pokok kecik, dok lambong area sempadan kebun nenas. Memang taiko dominan la kat situ.. abis semua BH pantang datang je dihambat. Tunggu kau... jap gi Tombee datang kawasan kau.. silap-silap kau pulak yang akan kena rembat... tungguuuuuuu... tak berapa lama lagi masanya akan tiba jua... ahaha....


          Masuk ikut celah pagar, kemas laman, cucuk racik, turunkan Tombee. Taiko Sempadan Nenas (TSN) mula menyedari terdapat suara asing yang kuat melolong di sini. Lantas melambong mencari dengan kemarahan yang meluap-luap. Barang! Ada la sikit-sikit, buat geli-geli telinga boleh la. Kalau simpan pun buat malu jer. Main punya main... lambong 2 kali lantas beradap depan mata Tombee... tak sampai 5 minit... loncat sana loncat sini... akhirnya berdebussss... merelakan dirinya ditapau! Masuk koncot la jawabnya.

Baek ke?
          Member tengok cutting badan cakap berkenan pulak, dia kata BH dari kawasan ni senang jadi... hmmmm.. engkau ambik la sebelum aku lepaskan... Wassalam.

Ahad, 12 Mei 2013

*** Taiko Power ***

Kadang-kadang landing kat sini..
          BH ni saya jumpa masa dah kemas nak balik. Waktu tu dah masuk masa kecederaan, perut pun dah keroncong. Pusing-pusing, round-round, ronda-ronda... parking je motor kat atas bukit sambil tunggu member, kedengaran Taiko Power (TP) ni sedang mengalunkan suara. Perghhhh.. dia punya main macam Anak Pesom. Suara sedang atas, selang, tekan rapat, guk 1 sedap sendat, melekat dan ketat, penguku pulak tu... mantap beb!!!

         
          Dengan semangat yang cuma tinggal nyawa-nyawa ikan, selamba je redah ladang getah semak belukar, nasib baik parit tu cetek, naik bukit turun bukit terus tuju ke sawit sedang sempadan sawit tinggi. Cuaca pulak semakin redup. Walaupun jam masih awal maka ini menandakan mungkin hujan akan turun at any time saja. Kawanan lembu sudah mula beredar ke lembah berpaya, mungkin mencari air minuman. Bersihkan laman, cucuk racik, turunkan Tombee. TP melambong dua kali mencari siapakah gerangan Si Tombee ni. Last-last 4 bijik mata bertemu jugak. TP punya barang.. den malas mau cerita... meleleh beb... meleleh....... kikiki....

Ni la rupo eh..
          TP hinggap di dahan paling atas, sedikit demi sedikit loncat semakin rendah.. rendah.. rendah..., akhirnya ke pelepah yang paling last dan semakin menghampiri Tombee. Peluang terjun tersangat lah cerah. Isi semua kasi keluar habis.. Tombee slow-slow kasi layan. Suara Tombee mula tenggelam dibawa alunan angin yang mula bertiup sepoi-sepoi bahasa. Serta merta kepala otak berangan-angan dan mula terbayang TP tertambat segak di sangkar layang. Acara kemuncak pun bermula. Pendekkan cerita lepas puas berentap.. tapau la apalagi!

wassalam.

Ahad, 5 Mei 2013

*** Taiko PLKN ***

Uiii semaknye.. laman mikat AH ke?
          Hari ini one day before PRU13, main kat kebun getah sempadan tepi pagar PLKN. Nyamuk??? Sendiri mau ingat lar., berdesing beb! Dengarnya ada BH suara sedang atas. Nak pegi usha la... mana tau berkenan dengan selera. Sah ada! Suara mak aiiiii... dua gunung pun boleh sampai.. punya la mengaum. Sedang syok melambong antara pucuk getah dan pucuk durian. Laman memang agak limited disebabkan lokasi betul-betul kat tepi jalan. Hmmmm... pasang jauh sikit lah... Tombee kasi tarik ye.


          Taiko PLKN (TP) dengan hati yang riang dan gumbiranya lambong tarak kesian bagai dunia dia yang punya. Tombee pulak tak henti-henti kasi ayat-ayat manis berbunga... TP mula tergoda lantas dengan penuh semangat menyahut seruan Tombee. Berdengung hutan beb! Tenggelam suara Tombee... Rentap kaw-kaw... Akhirnya tapau!

Taiko PLKN
          Wassalam. Habis sudah...

Ahad, 28 April 2013

*** Taiko Handalan ***

Ladang Sawit
          Sampai area permainan jam dah tunjuk pukul 09:00, lama sangat borak masa sarapan tadi... biasa la bila dah bukak cerita Mikat Tekukur memang tak terasa masa berlalu. Masing-masing tak perasan yang tempat mikat masih lagi jauh... padan muka. Masuk je pintu masuk kebun, semua menyelinap bagaikan lipas kudung serbu port ikut gerak hati sendiri. Maklum la mikat hanya seminggu sekali... hari Ahad sememangnya tidak harus dipersia-siakan. Serraaanngggggggg........


          Saya memilih ladang sawit saiz sedang sempadan dengan sawit saiz kecik.. luasnya ladang ni... saujana mata memandang... cuaca masih agak sejuk dan kelam, mungkin malam tadi atau awal pagi hujan turun. Hati mula terpersona dengan mainan sekor BH persis Taiko Handalan (TH) yang tak malu-malu tunjuk garang dan mempamerkan kehandalan di dahan kering. Guk, tekan, guk, tekan... pastu nguku... hmmmm... suara sedang atas... boleh tahan. Potential Victim has been Locked!!!

Taiko Handalan
          Motor dah siap parking. Capai Tombee gerak masuk dengan perlahan. TH beredar terbang ke sawit sebelah. 2-3 BH lagi tak mengendahkan kehadiran saya (BH belasahan la tu).. dengan selamba meroket pacak langit! Siap kau... Kemas laman, cucuk racik, turunkan Tombee. Macam biasa Tombee jalankan tugas. Bila keadaan sudah mula menjadi dah tak terkawal, TH melambong datang lantas hinggap kat ranting mula-mula tadi. Tombee nampak... kasi henjut kaw-kaw tadak kesian. TH mula keluarkan isi... tu diaaaaaa.... bila hati dah naik ngang TH menguku keluar pulak gagap seketoi dua... kih kih kih... ni dah kira bonus. Pendekkan cerita... tapau!

Wassalam.

Rabu, 24 April 2013

*** Bye-Bye Taiko Sekolah ***

          Taiko Sekolah dah mula bunyik kat rumah. Berdeguk.. berdeguk.. berdeguk... Guk1... tapi kadang-kadang keluar guk lagi satu... ciput jer... Alamakkkkkk... Guk 2 Gantung Ciput la pulak.. tu pun bukan selalu... sekali-sekala je keluar.. adoiiiiiii..... hampeh!!! Hati dah mula tawar.

video

          Tak berkenan sungguh, ni la ubatnya.... bye.. bye....

Ahad, 21 April 2013

*** Taiko Idaman Hati ***

Ladang Sawit Kecik
          Hari ni main kat port yang dah 2 musim tak masuk.  Port ni agak jauh, memang menyakitkan pinggang, kalau bawak dengan kelajuan motor 80km/j hampir sejam setengah. Entah macam mana tergerak hati pulak nak masuk laman ni. Memandangkan ianya agak jauh maka seawal 6:45 dah mula bergerak. Harap-harap cuaca baik hari ni. Singgah sarapan kejap kat gerai tepi jalan berhampiran. Kelihatan beberapa group mikat bermotosikal berbondong-bondong menghala arah selatan.. huh! ada port baik la tu....

Anggar Baik Punya
          08:30 dah masuk ikut gate depan. Kelihatan sebuah Proton Iswara dan dua buah Proton Wira diletakkan di luar ladang. Pesta mikat nampaknya hari ni. Tekukur ke AH? Tak pe la... rezeki masing-masing. Berhenti dengar kat ladang sawit saiz sedang. Meriah dan gamat! Baru nak sorong motor kat simpang tiga terpandang seorang pemikat sedang terbongkok-bongkok menghimpit BH. Hmmmm... carry-on bro.... malas nak ganggu.

Pagar Pemisah
          Start motor, menghala ke sawit kecik sempadan getah tua atas bukit agak jauh dari jalan masuk. Kalau pemikat berjalan kaki mau berlaga lutut kepenatan... mesti line clear nih... hehe... Benar apa ditelah, tiada seorang pemikat pun kat sini, BH sedang layan skill masing-masing. Hati tertarik dengan suara sedang atas, guk 1, selang, penguku, memang Idaman Hati. Tombee mula panas dan bagi salam dari dalam bakol. Sabar Tombee.. sabar... Dalam pada tu group mikat bermotosikal entah dari mana dah mula membanjiri lapangan. Good Luck semua.

video

          Parking motor, cari laman, cucuk racik, turunkan Tombee. Tanpa disuruh, Tombee mula buat kerja. Taiko Idaman Hati (TIH) yang asyik kejar sana sini mula mendidih kepanasan mendengar teguran Tombee. Sekali lambong melayang mencari... terlajak pulak ke sawit tinggi. Pendekkan cerita.. tapau!

Taiko Idaman Hati
          Selesai kemas semua, ambik keputusan balik rumah je la... malas nak sambung mikat... ramai sangat orang menyibuk sampaikan Tombee pun nak dihimpit. Dah terang-terang nampak motor parking kat tepi jalan tu... faham-faham je la. Wassalam.

Ahad, 14 April 2013

*** Taiko Sekolah ***

Atas tu Landasan Keretapi.. kelegaan sebijik kereta je kot.
           Hujan lebat beserta angin kuat dari tengah malam tadi membawa ke awal pagi. Tengok kat luar rumah bersepah dedaunan dan sampah sarap atas jalan.. maksudnya angin ribut la tu. Talian telefon dan internet tak boleh digunakan. Niat nak on9 terpaksa dibatalkan. Cuaca malap, mendung, berkabus dan sejuk je. Burung kat rumah pun senyap sunyi termasuk la Tombee.. masih kesejukan agaknya.
Pit Stop
           Selesai sarapan ambik Tombee sumbat dalam bakol terus gerak ke laman permainan. Hajat hati nak repeat BH &*%$# (kod rahsia tu..) kat laman minggu lepas. Sepanjang jalan kelihatan BH kat talian elektrik sibuk mengeringkan bulu yang basah lencun. Dah tentu BH tak galak hari ni. Hmmm.. namun begitu perjuangan mesti diteruskan! Bendera parti politik yang bertanding pun layu je kerana basah dan tiada tiupan angin.



          Sampai port dah pukul 09:30, lama jugak lepak kat bus-stop tepi jalan depan sekolah sementara menunggu matahari yang kelihatan seperti takkan kelihatan. Tunggu punya tunggu suhu dan mula semakin panas walaupun tanpa sinaran matahari. BH dah mula galak dan meriah dengan aksi lambong melambong. Dah mula bingit dan riuh suasana. Tombee masih buat bodo dan stay cool dalam bakol.

Ada Kesan Potong kat Tali Kaki
           Kedengaran lain macam pulak mainan BH sekor ni. Kejar sana kejar sini.. pukol sana pukol sini. anggok sana.. anggok sini. Garang Betol! Memang sengaja cari nahas la. Mesti dia ni Taiko Sekolah (TS). Tanpa berlengah, cucuk racik turunkan Tombee. asak.. asak.. asak... TS dah mula panas. Lambong lagi sekali landing kat wayar telefon. Nak ikut balik Senawang TS ni.. hehe...
Hodoh Je
          Beradap lama jugak. Hairan sungguh kenapa la berejam sangat nak jatuh ni. Macam-macam skill Tombee keluarkan sampai naik serak suara. TS masih maintain main dia punya perkakas (ada la serba sedikit...) Kenderaan banyak pulak pagi ni maklum la tepi jalan utama nak ke sekolah. Pemikat lalu lalang pun ramai. Tunggu punya tunggu bontot pun dah naik kematu... berdebussssssss... jugak akhirnya. Game Over!!!

wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...